Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: Fatin Harh
Muka Surat: 629
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.490
Dimensi (cm): 18.5cm x 11cm x 3cm
Magisnya satu rasa menyentuh hingga ke nadi. Magisnya satu malam membawa sepasang jiwa bertemu. Tanpa mengenali diri sang jejaka, gadis itu terbuai oleh perasaan. Hanya pandangan mata helang itu memukau dan sulit dilupakan.
Benar, pandangannya seringkali memaku wanita. Dia mampu mencairkan patela dan humerus wanita agar jatuh dalam dakapannya. Namun, dia ada satu prinsip bahawa dia tidak akan sesekali menyentuh seseorang. Tidak akan berlaku dalam hidupnya!
Tapi, kerana satu malam itu, pandangan helangnya terkunci pada tubuh genit yang begitu rancak di lantai tari.
“Who are you?” - Edward Cosway
“I’m your ecstasy.”- Emily Tobias
Emily bukan gadis liar tapi hanya seorang yang mendambakan kasih. Dia dilahirkan dalam keluarga yang rapuh. Kasih sayang merupakan satu-satunya perkara dia dambakan. Setelah bertemu Edward, segalanya semakin porak-peranda bagi Emily. Dia keliru sama ada bertemu dengan Edward mampu membaiki hidupnya atau sebenarnya semakin menghancurkan.
Tapi, kenapa Edward sering hadir dengan tawaran yang dia tidak mampu tolak?
“Untuk berjaya, kau harus bijak mengambil peluang, Emily.” - Edward Cosway
“Walaupun peluang itu datang daripada awak?” – Emily Tobias
Bagi Edward, apa yang dimahukan akan sentiasa dimiliki. Salah Emily jika ingin lari daripadanya. Walaupun saat mula berganti tahun, Edward pasti akan miliki apa yang dia mahu. Tiada siapa mampu menghalang.
Namun, bagi Emlly, semuanya semakin berantakan apabila dia mula mengenali diri Edward. Dia inginkan lelaki itu, namun dia juga ingin menjauh. Tanpa sedar, tarikan magnet antara mereka menjadi caj negatif yang mematikan.
Siapa sebenarnya Edward? Adakah lelaki itu datang untuk menyelamatkan dia atau sekadar singgah untuk menanam duri di kalbu?
Bolehkah ungkapan love at first sight diguna sedang rasa mendorong pada gelora?
Benarkah sentuhan pertama menjadi satu-satunya ekstasi yang menjurus jiwa kepada gila?
“Kisah kau belum tamat tapi kisah kau baru bermula.”