Penerbit: Karya Seni
Penulis: Lily Haslina Nasir
Muka Surat: 433
Halaman: Hiitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.350kg
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 2cm
Ikrar Kesatria mengikat jiwa raganya. Bersumpah dengan cop 10 jari, membentuk peribadi.
Megat Adri meneruskan legasi jiwa kesatria leluhurnya. Perut datuknya, Leftenan Hamdan, pernah terburai sewaktu bertempur dengan komunis di Betong, kekal seumur parutnya. Di paha bapanya, Mejar Kamal, masih terbenam peluru sesat. Terlalu banyak kisah silam dan rahsia perjuangan terdahulu yang dia.
Ada ketika kisah silam itu wajar dikuburkan agar tiada dendam kesumat membakar jiwa dalam diam. Bagi lelaki ini, sejarah mampu mengasuh jiwa untuk lebih cintakan tanah air.
"Kenapa kau selalu mengelak. Kau takut cinta?" - MAWAR
"Perempuan yang menghimpit aku sambil lafazkan cinta, itu lebih bahaya daripada seribu anggota infantri." - MEGAT ADRI
"Kau lelaki yang tak ada emosi?" - MAWAR
"Aku hanya setia pada Tuhanku, rasulku, agama aku, raja-raja aku dan tanah ini." - MEGAT ADRI
Dia benci penaklukan jiwa.
"Penjajahan tidak sekadar penaklukan tanah, cengkaman minda itu lebih menggerunkan. Aku terlahir untuk bertarung, terlatih untuk membunuh, siap untuk mati tapi pada musuh, aku ingin berpesan. Awas, aku tidak pernah mati jiwa raga biar kepala sudah terpenggal." - MEGAT ADRI
Air mata, darah dan nyawa menjadi taruhan. Rahsia menyertai BLACK GHOST ditutup rapat. Hanya Umar Alhaidhar dan rakan sepasukan yang tahu dialah Helang tambatan pasukan. Tiada siapa yang tahu waima bapa dan datuknya.
Di Putrajaya, dia bersabung nyawa dalam taufan peluru dan letupan. Semuanya demi kedaulatan tanah dikasihi.