Penerbit: Ilusi Cinta
Penulis: Hayss Farisya
Muka Surat: 530
Halaman: hitam putih
Format: paperback
Berat (kg): 0.45 kg
Dimensi (cm): 12cm x 18cm x 4cm
Tujuh tahun dianggap mati, Ayden kembali lagi. Munculnya lelaki yang dulu dia anggap hanyalah sebagai seorang 'abang' buat kali kedua membuahkan kekecewaan pada Ammara. Sedih, marah, kecewa! Itulah perasaan yang wajar dia rasakan setelah ditipu hidup-hidup.
"I'm truly sorry." -AYDEN AL-HAQ
"Sorry, for what? Sorry for letting me grieve?" -AMMARA FARISHA
Sejak kembalinya lelaki itu, hidup Ammara menjadi haru-biru. Ayden mahukannya walau dengan apa jua cara sekalipun. Bukan tidak suka... Suka! Tetapi bukan selepas Ammara tahu, siapa Ayden yang sebenarnya.
Ayden! Atau lebih dikenali sebagai Haq, bukan sekadar seorang pensyarah. Tetapi juga seseorang yang pernah menjadi buruan polis. Lantaran itu, Ammara mula menjauhkan diri.
"Jadi isteri aku, Ammara. Aku boleh buat kau bahagia." -AYDEN AL-HAQ
"Saya tak tahu macam mana orang gila macam awak ni boleh jadi pensyarah. Awak psiko!" -AMMARA FARISHA
Sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Ammara tewas! Lamaran Ayden diterima dan di saat bahagia menjadi milik mereka berdua, muncul sahabat lama menggoyahkan mahligai yang baru saja dibina. Hariz, punya motif tersendiri.
"Menjadi isteri awak adalah satu kesilapan terbesar yang pernah saya buat." -AMMARA FARISHA
"Abang maafkan Ara." -AYDEN AL-HAQ
Rupanya bukan itu yang membuatkan Ammara terduduk. Tetapi bila kisah benar di sebalik kematian palsu Ayden terungkai, benar-benar membuatkan dia terhenyak. Ternyata Carlo adalah penyelamat segalanya, termasuk rumahtangganya.
"Kau tak pernah tahu pengorbanan dia pada kau. Sebab tu kau layan suami kau tak ubah macam sampah. Kau islam dan kau sepatutnya tahu kewajipan isteri adalah taat pada seorang suami." -CARLO MATTEO
Apakah kisah di sebalik cerita tujuh tahun yang lalu? Siapakah Carlo? Dan setelah kebenaran terungkai, mampukah Ammara menambat semula hati sang suami?