Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Novel My Scrapbook # - Idea Kreatif (R10,BL29)

RM27.00
Price in points: 27 points
Weight: 0.45 kg
9789672803287
Out-of-stock
Tajuk: Novel My Scrapbook # - Idea Kreatif
ISBN: 9789672803287
Penerbit: Idea kreatif
Penulis: Aidah Bakri
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 
Halaman: hitam putih
Format: paperback
Berat (kg): 0.45kg
Dimensi (cm): 12cm x 18cm x 4cm
 
SINOPSIS
 

“Kenapa larikan diri? Kenapa pura-pura tak kenal?” soal suara itu perlahan. Bertanya seolah-olah hubungan antara mereka tidak pernah ada apa-apa yang pincang. Bertanya seolah-olah Asla melakukan kesalahan apabila terus berlalu tanpa menyapa dia.

 

“Untuk apa bersapa lagi? Tak ada perlunya.” Asla membuang pandangan ke arah lain walaupun dia sedar lelaki dihadapannya masih memandang dia.

 

“Asla! Tak sangka awak boleh berubah. Awak sanggup abaikan saya macam tu saja. Mustahil awak tak perasankan saya. Awak memang sengaja melarikan diri dari saya.” Lelaki itu jelas tidak puas hati dengan Asla.

 

Kali ini, Asla memberanikan diri membalas pandangan lelaki yang berdiri tegak di hadapannya. Seolah-olah dia yang bersalah pula. Memang begitukah lelaki? Sentiasa tak mahu mengaku salah sendiri.

 

“Terima kasih kepada awak. Terima kasih kerana menyedarkan saya daripada mimpi-mimpi yang indah. Terima kasih juga sebab awak buat perkara yang betul. Meminta saya meninggalkan awak… itulah keputusan yang paling tepat.” Ujar Asla geram.

 

“Asla…”

 

“Terima kasih kerana meletakkan saya dalam situasi sekarang. Saya harap awak tak lupa janji awak untuk terus mendoakan saya bahagia.” Sindir Asla. “Bahagia walau dengan siapapun saya berkahwin. Bahagia dengan lelaki yang sudi mengutip bekas tunang awak ni.” Sambung Asla perlahan. Pedih hatinya di ketika itu, hanya Allah yang tahu.

Lelaki itu terkedu. “I’m sorry.” Ujarnya perlahan.

 

“Awak dah minta maaf dah. Dan saya pun dah maafkan. Awak dah lupa ke? 0 – 0… tak perlu ada rasa bersalah antara kita, itu kan yang awak minta. Dan saya hanya menunaikan apa yang awak minta.” Balas Asla tenang.

“Tapi...”

 

“Tak ada tapi… dan jangan ada kalau! Awak pun dah setuju dengan syarat saya. Hilangkan diri awak dari pandangan mata saya. Sebesar zarah pun saya tak sudi melihat awak lagi.” Pantas Asla memotong kata-kata Hadi.

 

“Asla... membiarkan awak pergi adalah kesilapan besar saya. Kesilapan paling besar.” Hadi itu menggaru pangkal leher. Hatinya jadi celaru. Memang benar dia yang meminta Asla berlalu dari hidupnya. Tetapi selepas Asla betul-betul pergi, ruang hatinya jadi kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Sehingga hati menuntut Asla kembali ke sisinya.

 

“Bebas daripada ikatan yang tak utuh antara kita, adalah satu rahmat buat saya. Hidup saya lebih baik sekarang. Tengok, awak nampak kan… saya masih mampu meneruskan rutin hidup saya. Saya masih mampu berdiri tegak di atas dua belah kaki saya.” Asla membuka ke dua belah tangan. Seolah-olah membuktikan hidupnya tetap berjalan lancar walaupun tanpa lelaki itu.

 

“Kesilapan terbesar awak?” Asla melepaskan ketawa kecil.

 

“Awak gelakkan saya? Kenapa awak tak cuba fahami saya?” jelas rasa tersinggung di wajah Hadi.

 

“Eh? Bahagian mana yang saya tak faham? Tiga bulan lagi majlis kahwin kita, awak datang dan cakap awak tak bersedia lagi untuk menjadi suami saya sampai sanggup minta ikatan kita diputuskan… saya terima keputusan awak, dan awak kata saya tak cuba fahami awak? Tolonglah

Penerbit:
Idea Kreatif
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar