Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



(OS) Hantaran Kasih Tuhan (Kaver Baru) (R4)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.41 kg
OP
4 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x7
ISBN-13: 978-967-408-227-7
Jumlah Muka Surat: 427
Berat (Kg): 0.40
Penulis: Noorfadzillah Omar
===========================
 

Sinopsis

 

Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang dipelajari Nur Wardah pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Nur Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.

Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus Polio sejak kecil, dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.

Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan.

Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu perkara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untuk kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.

 

**********************************************************************************

Review

Nur Wardah, namanya seindah wajahnya. Apabila memandangnya, mampu menggoyahkan keimanan si lelaki. Kecantikan bak bidadari, menarik minat ramai kaum Adam untuk memilikinya. Namun, impian itu musnah selepas melihatnya berjalan. Tempang dan tidak teratur. Inilah hakikat yang beliau kena hadapi selama 20 tahun. Virus polio yang menyerang kakinya ketika dirinya berusia lima tahun dan menghidap demam panas.

Siapa sangka, Nur Wardah jatuh hati kepada abang sepupunya, Aiman. Dalam diam, kedua-dua mereka saling mencintai antara satu sama lain. Malu yang meninggi untuk meluahkan perasaan, menyebabkan cinta mereka terkubur selamanya. Datangnya risikan tanpa diduga dari sahabat lama ayahnya, Engku Amar dan Puan Norlin untuk menjodohkan Nur Wardah dengan anak mereka, Engku Ashraf.

Klimaks novel ini cukup mendebarkan. Pembaca tertanya-tanya, sama ada Engku Ashraf menerima tawaran ayahnya untuk mengahwini Nur Wardah dengan pemberian RM 5 juta, atau berjuang mempertahankan kebahagiaannya dengan wanita pilihannya, Rasheedah. Nilaian wang yang menjadi “sumbangan kepadanya itu mampu untuk melunaskan hutangnya kepada Along Ricky dan pihak bank yang cukup mencengkamkannya.

Novel Hantaran Kasih Tuhan menarik untuk dibaca secara umum. Pembaca dapat membuka minda mengenai makna cinta yang sebenarnya. Mencari jati diri sebagai seorang Muslimah itu cukup penting dalam kebajetan dunia teknologi kini. Ramai Muslimah terkandas dalam pencarian jati diri, dek keseronokan duniawi semata. Andai kata cinta, pasti kuasa cinta itu menguatkan diri, bukannya melemahkan dan merosakkan diri sendiri.

Babak demi babak dalam novel ini banyak memberi pengajaran dan cukup ilmiah. Pembaca pasti berpuas hati membaca novel ini, yang juga menyelitkan dakwah dan isu semasa. Pasti tidak rugi andai membelinya. InsyaAllah.

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar