Penerbit: Pustaka Permata Ummah
Penulis: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Muka Surat: 198m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.460 kg
Dimensi (cm): 23cm x 15cm x 1cm
Dalam buku ini, Tuan Guru membawakan isu yang cukup kompleks dengan cara yang ringkas dan menyeluruh. 78 tahun episod penderitaan rakyat Palestin dirangkumkan dalam satu naskhah yang komprehensif untuk memudahkan buku ini menjadi sumber rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin memahami isu Palestin secara telus dan adil.
Buku ini membawa pembaca menelusuri kronologi penindasan dan sejarah pembantaian yang dilakukan terhadap rakyat Palestin melalui siri perjanjian dan pelan yang bersifat berat sebelah, antaranya Perjanjian Sykes-Picot, Perisytiharan Balfour, Perjanjian Camp David, dan rancangan peta jalan, yang akhirnya membawa kepada normalisasi hubungan dengan Israel dan agenda penyatuan agama-agama Ibrahimiah yang didalangi oleh Amerika Syarikat. Tujuannya supaya pembaca dapat menilai kembali plot-plot terancang yang disusun untuk melemahkan umat Islam, khususnya rakyat Palestin.
Mudah-mudahan, melalui penerbitan naskhah ini, pembaca berhasil memperoleh kefahaman yang tuntas dan jitu mengenai pandangan sarwa Palestin secara menyeluruh, seterusnya membugarkan cita-cita yang kekal bersemarak demi pembebasan bumi al-Quds sebagai kiblat perjuangan akhir zaman.