Apa yang sudah mengakar tidak bererti selalunya benar. Beragam tatacara ibadah memang banyak yang telah kita ketahui dan kita amalkan sejak kecil. Namun persoalannya apakah ianya selaras dengan bimbingan Allah dan RasulNya?
Pertanyaan ini tidaklah layak dijawab dengan emosi dan fanatik buta. Justeru pertanyaan seperti ini akan selalu mengingatkan kita untuk terus mempraktikkan Islam di atas landasannya. Sebagai seorang muslim, sudah semestinya kita ingin duduk di atas landasan yang benar, berakidah dengan akidah yang benar, bermanhaj yang benar, berakhlak yang benar dan juga beibadah yang benar.
Seperti tentang wuduk dan mandi junub, itu adalah perkara biasa yang boleh jadi telah sebati dalam hidup kita. Namun sejauh mana tatacara kita dalam mengikuti petunjuk Rasulullah? Buku ini insyaAllah berupaya untuk menjawabnya.
Dengan membawakan dalil-dalil yang lengkap serta bimbingan ulama Ahlus Sunnah dalam menjelaskan perbezaan pendapat, menjadikan buku ini sesuai ditelaah oleh para pencari ilmu yang benar. Buku ini menyentuh tentang wuduk, tayamum, bersugi, mandi junub, air mani, air mazi, haid, khuf (sepatu), masuk dan keluar tandas.