Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang Dan Intelektual (G17,L181,L182)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.43 kg
978-967-481-848-7
377 pieces
+
Add to wish list

Tajuk : Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang Dan Intelektual

ISBN :  978-967-481-848-7

Penerbit : PTS Publishing House

Penulis : Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Mohd Noor

Muka Surat : 321

Tahun Terbit :2022

Halaman : Hitam Putih

Format : Softcover

Berat (Kg): 0.432kg

Dimensi (Cm) : 15cm x 23cm x 1.5cm 

========================

SINOPSIS

 

SENTUHAN TARBIYAH NABI MEMBENTUK GENERASI PEJUANG DAN INTELEKTUAL MULIA

Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW.

Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang dan Intelektual memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap sebagai generasi emas yang perlu kita contohi untuk membentuk generasi kini.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para sahabat bermula daripada susur galur keluarga, pengislaman, gaya hidup, sumbangan, dan kematian. Selain itu, ia merungkai tarbiyah yang Nabi gunakan terhadap para sahabat untuk dijadikan pedoman kini.

Antara sahabat yang dibincangkan dalam buku ini :

  • Abdullah Bin Mas’ud (Pembangun Jaringan Intelektual Islam).
  • Mus’ab Bin Umair (Duta Intelektual).
  • Amr Bin Al-As (Penakluk Mesir).
  • Abu Zar Al-Ghifari (Revolus Anti Kemewahan).
  • Huzaifah Bin Al-Yaman (Ejen Risikan Nabi).

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
SAHABAT PENERUS LEGASI KEILMUAN DAN DAKWAH NABI

  • BAB 1 -Abdullah Bin Mas’ud (594 M–652 M), Pembangun Jaringan Intelektual Islam
  • BAB 2 -Ammar Bin Yasir (566 M–657 M), Lelaki yang Dirindui Syurga
  • BAB 3 - Mus’ab Bin Umair (585 M–625 M), Duta Intelektual
  • BAB 4 -Bilal Bin Rabah (581 M–641 M), Muazin Pertama
  • BAB 5 -Khalid Bin Said (586 M–634 M), Penulis Basmalah
  • BAB 6 -Zaid Bin Thabit (611 M–665 M), Penulis Wahyu dan Setiausaha Nabi SAW
  • BAB 7 -Muaz Bin Jabal (605 M–640 M), Pemimpin Ulama

BAHAGIAN 2
SAHABAT PEJUANG BARISAN HADAPAN AGAMA

BAB 8 -Suhaib Bin Sinan (587 M–659 M), Pelopor daripada Bangsa Rom

BAB 9 -Abu Zar Al-Ghifari (590 M–653 M),Revolusi Anti Kemewahan

BAB 10 -Khabbab Bin Al-Arat (586 M–659 M), Simbol Pejuang Keimanan

BAB 11 -Ja’far Bin Abi Talib (589 M–629 M), Mujahid Pemilik Dua Sayap

BAB 12 -Khalid Bin Al-Walid (592 M–642 M), Saifullah al-Maslul (Pedang Allah Yang Menghunus)

BAB 13 -Amr Bin Al-As (583 M–664 M), Penakluk Mesir

BAB 14 - Salman Al-Farisi (568 M–655 M), Perancang Perang Khandaq

BAB 15 -Huzaifah Bin Al-Yaman (– 656 M), Ejen Risikan Nabi

BAB 16 -Abdullah Bin Rawahah (– 629 M), Penyair Perang

 

Daftar Pustaka

Penerbit:
PTS Publishing House
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
321 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar