Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Penanggal (L13)

RM28.00
Price in points: 28 points
Weight: 0.36 kg
9789674463939
Out-of-stock
PENANGGAL

Penulis :Eqbal Mohaydeen 
Kategori: Seram 
ISBN : 978-967-446-393-9 
Halaman: 480

=======================================

SINOPSIS

Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka. Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan. Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil! 

Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa. Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil. Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan. Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes. Elemen paranormal dan misteri melatari setiap kes yang berlaku. Setiap mangsa dikatakan dibunuh oleh penanggal!

Tanpa sedar, kejadian yang menggemparkan negara itu berkaitan dengan gangguan yang menimpa keluarga Ilyas. Pertemuan Inspektor Shahid dengan Ilyas  perlahan-lahan membuka satu persatu rahsia dan misteri yang mengejutkan sehingga pada akhirnya mereka terikat dalam satu perkaitan yang mengelirukan. Kegerunan semakin menyelubungi. Jumlah kematian semakin bertambah. Siapa dalang yang sebenar?

Penerbit:
Buku Prima
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar