Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Pertempuran Di Gubir: 60 Komando VS 400 Pengganas # (Q10)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.29 kg
9789672234630
1 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Pertempuran Di Gumbir: 60 Komando VS 400 Pengganas
ISBN: 9789672234630
Penerbit: Latip Dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 193
Halaman: Hitam Putih 
Format: Softcover
Berat (kg): 0.285 kg
Dimensi (cm): 21.6cm x 13.8cm x 1.2cm
 
SINOPSIS
 
Gubir yang terletak di negeri Kedah adalah salah satu kawasan paling panas bagi pasukan keselamatan dalam memerangi pengganas komunis sekitar tahun 70-an dahulu. Ramai anggota tentera yang terkorban atau cedera ketika bertempur dengan pengganas komunis atau terkena jerangkap samar yang dipasang oleh mereka. Tanggal 26 April 1976 pula mencacat sejarah hitam apabila sebuah helikopter Nuri TUDM ditembak jatuh oleh pengganas komunis sehingga mengorbankan 11 nyawa perwira negara. Di sini juga terletaknya Kem Gubir yang menempatkan Markas Taktikal Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu, kedudukan Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir yang jauh di pedalaman dan berada di kawasan tanah tinggi turut menjadi lokasi kem terbesar pengganas komunis.
 
Seramai 60 anggota komando daripada X Skuadron, Rejimen Gerak Khas ditugaskan untuk menggempur kira-kira 400 pengganas komunis di hutan itu. Namun, kewujudan  3600 jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis di hutan itu membahayakan pergerakan mereka. Lantas kepakaran anggota Rejimen Jurutera atau dikenali sebagai sappers diperlukan bagi mengesan dan mematikan jerangkap samar itu. Misteri di hutan Gubir juga kian terbongkar dengan penemuan terowong rahsia yang menjadi laluan pengganas komunis melarikan diri selama ini.
 
 
Penerbit:
Latip Dan Keluarga Enterprise
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
193 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar