Penerbit: Faqih Synergize
Penulis: Siti Sarah Izham, Nuraini Shahbuddin
Muka Surat: 136m/s
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.170kg
Dimensi (cm): 23cm x 15cm x 1cm
Buku ini berkisar tadabbur ayat daripada surah Al-Nisa yang menceritakan mengenai wanita, pasangan dan keluarga. Pengajaran daripada surah ini amat penting dalam memastikan keadilan sesama manusia dapat dijaga dan dipelihara terutama kepada kaum wanita dan anak yatim. Bercakap tentang wanita, sekalipun surah ini namanya bermaksud wanita, tetapi perbincangan turut melibatkan lelaki. Kita maklum bahawa kedatangan surah ini begitu memberi sinar kepada golongan wanita kerana ia mengangkat martabat wanita yang telah dinafikan oleh lelaki pada masa masyarakat Arab jahiliyyah.
Antara perbahasan dalam buku ini, kita akan melihat ciri-ciri seorang lelaki qawwam, apa pelan tindakan yang perlu dipatuhi oleh seorang lelaki sekiranya ingin menjalani hidup berpoligami, apakah metode yang diajar al-Quran sekiranya isteri melakukan kesilapan dan beberapa lagi perkara.