ISBN: 9789672441038
Penerbit: Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd
Penulis: Dr Abdul Rahman Hj Abdullah
Tahun Terbit: 2021
Muka Surat: 280
Halaman: Hitam putih
Format: Softcover
Berat: 0.34 kg
Dimensi(cm): 21.4 x 14.5 x 1.3
Sesuai dengan temanya, buku ini membahas kontroversi dan polemik antara golongan penyokong dan penentang Salafi-Wahabi. Memang ramai yang bercakap dan menulis persoalan ini, tetapi selalunya mereka bukannya meredakan konflik yang ada, sebaliknya menambah-burukkan
kagi konflik tersebut melalui sikap mereka yang berpihak kepada golongan
tertentu dan menyerang golongan lain secara ekstrem (ghuluw).
Misalnya kalangan mereka yang menganjurkan kebebasan bermazhab, mereka mendukung konsep "La-Mazhabivah" dengan menolak mazhab sama sekali. Selagi sikap ekstrem dan fanatik menguasai diri, tidak mungkin sebarang penvelesaian dapat dicapai. Ini kerana sikap ini bertolak daripada premis dikotomi hitam-putih seumpama ucapan "Aku betul, engkau sesat."
Walaupun premis eksklusif yang tegas seperti ini sangat penting dalam persoalan Qat'iyyah-Thawabit atau jelas dan kekal hukumnya seumpama bidang Usul Aqidah dan Ibadah, tetapi dalam ruang Zhaniyat-Mutaghavvirat atau tidak jelas dan berubah hukumnya seperti dalam isu furu' Ibadah dan Syari'ah, amat malang sekali jika kita masih keras dan garang.