6 Set Hidangan Raja Sehari BuatPengantin Baru di Hari Bahagia.
1) Set Hidangan Bisikan Asyik7 resipi asyik memadu cinta hakiki.
2) Set Hidangan Sutera Kasih7 resipi istimewa pengikat kasih abadi.
3) Set Hidangan Sentuhan Kasih6 resipi sentuhan kasih buat raja sehari.
4) Set Hidangan Siti Zulaikha8 resipi bukti cinta si puteri pujaan hati.
5) Set Hidangan Kasih Berpadu8 resipi kasih berpadu dalam hati yang satu.
6) Set Hidangan Mahligai Rindu8 resipi mengekalkan mahligai rindu idaman kalbu.
Memiliki rumah tangga yang aman dan bahagai menjadi idaman dan impian setiap pasangan. Kebahagiaan yang dikecapi pastinya daripada percikan curahan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri seterusnya kepada anak-anak.
Buku ini didedikasikan khas buat suami serta isteri yang bakal dan sedang melayari bahtera perkahwinan. Sesungguhnya setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang kekal bahagia selamanya, namun gelora dan badai yang datang tanpa diduga tidak mampu diharungi tanpa kekuatan mental dan fizikal daripada suami dan isteri. Wahai suami… kamu adalah pelindung utama buat isteri. Wahai isteri… kamu adalah inspirasi kejayaan dan kebahagiaan buat suami. Suami dan isteri adalah gabungan dua insan yang bersatu dengan akad yang suci.
Kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini dapat membuka mata suami dan isteri supaya menghargai pasangan masing-masing yang sanggup susah dan senang bersama buat sekian lamanya.