Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Ragam Orang Kita (M14,Y42)

 

READY STOCK

Stok sudah masuk stor.

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.23 kg
978-967-481-656-8
Out-of-stock
Add to wish list

Tajuk: Ragam Orang Kita
ISBN: 978-967-481-656-8
Penerbit: Komik-M
Penulis: DEEN
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 144
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat: 0.225 kg
Dimensi (inci): 21 cm x 14.6 cm x 0.9 cm

 

---

  

Ragam Orang Kita 

 

Anda dapat:

 

1. Buku 

2. Poster Edisi Terhad (A3: Berwarna)

3. Poster Edisi Terhad (A4: Berwarna)

4. Poskad Istimewa (2 Poskad)

 

 

 

 

“Kartunis Deen menggarap isu-isu setempat dan global yang rencam sifatnya menerusi kaedah kontras dan perbandingan, merentasi tema-tema sosiopolitik, ekonomi, budaya dan hal ehwal persekitaran. Ragam Orang Kita menyentuh subjek-subjek dalam kehidupan hari ini, seperti pencemaran alam, politik wang dan lompat parti, rasuah, pandemik Covid-19, konflik Israel-Palestin, masalah pelarian dan kemanusiaan.

Sebagai jurnalis visual, Deen memaparkan sikap dan sifat masyarakat dalam realiti kehidupan hari ini untuk kita renungi dan hayati.”

 

- Prof. Dr. Muliyadi bin Mahamood
PhD. in Cartoon Studies, University of Kent, United Kingdom (1997)

Penerima Anugerah Akademik Negara (2012)


“Salam hormat buat saya punya ‘Grand Master, Sifu Deen’.

Lukisan-lukisan beliau menjadi guru dan penanda aras betapa jauhnya lagi saya dalam mengejar kesempurnaan berkarya.”

 

- ALLAHYARHAM KARTUNIS AIE
Abe, Blues Untuk Aku, Aku Hidup Dalam Blues

Aku Dan Sesuatu, Bear & Bob


“Deen, seorang kartunis yang sangat mahir bermain dengan pen dan dakwat. Karya-karya beliau padat dengan sentuhan yang di luar kotak pemikiran. Ketelitian beliau dalam melakar dan menggarap idea sering menampakkan perbezaan dengan kartunis-kartunis lain. Tidak hairan, Deen dianggap sifu oleh kartunis-kartunis yang lahir di era 90-an dan 2000-an.

Ragam Orang Kita bukan buku himpunan kartun biasa-biasa, tetapi lebih kepada karya seni bertaraf masterpiece. Buku ini pastinya menjadi rujukan penting kepada generasi muda, khususnya para pelajar yang meminati ataupun mengambil jurusan seni.

Sememangnya Deen dilahirkan sebagai seorang SIFU!”

- KARTUNIS JURAGAN
Presiden Kelab Kartunis Malaysia

Pengasas Rumah Kartun & Komik Malaysia


“Deen adalah kartunis idola aku sejak tahun 80-an, bermula dari zaman kegemilangannya menghasilkan sampul hadiah dan kad raya lagi. Sentuhan karya kartunnya memang lain daripada yang lain, malah setanding dengan tahap pelukis-pelukis kartun antarabangsa.

Aku memang peminat nombor satu kartun Deen. Beliau juga antara yang membuatkan aku terjun dalam dunia kartun ini. Lu memang terbaik, Brader Deen. Itu saja nak cakap. Kasi pecah!

- KARTUNIS SUKUN
Workshop (Cupin & Dicky)

Sukun Jangan Tak Mandi
facebook.com/nukus.sukun.3

 

BIODATA PENULIS

 

DEEN ataupun nama sebenarnya Nordin Misnan dilahirkan di Segamat, Johor pada Mac 1968. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Segamat dan Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam, Segamat.

Dikurniakan bakat serta minat melukis sejak kecil, bidang seni lukisan sudah menjadi sebati dengan diri beliau. Umpama makan nasi tanpa ulam, tidak lengkap hidup dalam sehari jika tidak melukis. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau sering menghantar karya ke pelbagai majalah. Percubaannya mengena apabila majalah Variapop menerima dan menyiarkan karyanya pada tahun 1984.

Bermula dari situ, Deen tidak menoleh ke belakang lagi dan terus melebarkan langkah dalam dunia kartun tanah air dengan menjadi kartunis di beberapa majalah terkemuka seperti Gelihati, Jenakarama, Boom, Batu Api, Gelagat, dan banyak lagi.

Di samping itu, sentuhan istimewa karyanya yang menghiasi kad ucapan raya boleh dikatakan menjadi fenomena setiap kali bulan Ramadan dan Syawal menjelma saban tahun. Kemeriahan bulan puasa dan hari raya ketika era 80-an serta 90-an dahulu semakin bertambah dengan adanya amalan saling mengutuskan kad ucapan. Namun, kini semua itu menjadi nostalgia dalam arus perubahan zaman dan teknologi.

Selepas kegawatan ekonomi sekitar tahun 1998 yang memberi kesan kepada arena kartun tanah air, Deen mengubah haluan dengan menyertai Berita Publishing. Di sini, beliau menghasilkan ilustrasi untuk majalah-majalah terbitan syarikat dan melukis kartun untuk majalah ‘Komik Kanak-Kanak Aktif’, BIP!

Beberapa tahun kemudian, Deen mengorak langkah berhijrah ke Berita Harian dengan karier baru sebagai wartawan grafik. Selepas 26 tahun bergulat dengan info dan grafik dalam dunia akhbar, beliau mengambil keputusan untuk bersara dan memilih menjadi kartunis sepenuh masa. Karya-karya terkini beliau boleh dibaca dalam ruangan Ragam di Berita Harian setiap hari Ahad.

 

Ketika para kartunis sezaman beliau sudah ramai menggantung berus dan pen, Deen pula semakin aktif berkarya. Selain kartun mingguan di Berita Harian, Deen turut menyumbangkan karya untuk beberapa penerbitan majalah kartun indie dan menyertai beberapa pameran kartun di pelbagai peringkat.

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar