Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Rangka Manusia Prasejarah Akhir Di Semporna # (L22)

RM31.00
Price in points: 31 points
Weight: 0.18 kg
9789674616816
7 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: ​Rangka Manusia Prasejarah Akhir Di Semporna
ISBN: 9789674616816
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Eng Ken Khong
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 98
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.180
Dimensi (cm): 22 x 15 x 1
 
SINOPSIS
 
Penemuan sisa rangka manusia prasejarah di Sabah adalah kurang sehingga penemuan dua tapak pengebumian Zaman Logam Akhir di Semporna pada tahun 2002-2007, iaitu di Melanta Tutup dan Bukit Kamiri. Sebelum ini, hanya beberapa gigi manusia telah ditemui di Melanta Tutup (Neolitik) pada tahun 2002-2003 dan kemudiannya pada tahun 2005 di Gua Balambangan (Paleolitik Akhir) yang terletak di sebuah pulau di penghujung utara Kudat. Walaupun hanya gigi yang ditemui, namun hal ini telah memberi banyak maklumat penting mengenai manusia prasejarah. Malahan, penemuan dua tapak pengebumian yang baik di Semporna telah mendedahkan rangka manusia prasejarah dalam keadaan preservasi yang baik. Rangka tersebut membolehkan gambaran mengenai identiti masyarakat, keadaan hidup dan persekitaran dapat dirungkai.


Buku ini menggunakan pendekatan paleoantropologi ke atas sisa rangka manusia tersebut untuk menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan populasi masa lampau Semporna. Siapakah mereka? Apakah yang mereka makan? Adakah mereka mengalami penderitaan berpunca daripada sebarang penyakit atau kecederaan? Persoalan-persoalan ini telah dijawab melalui kajian terperinci ke atas sisa rangka daripada nenek moyang kita di Semporna.
Penerbit:
Penerbit USM

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar