Penerbit: IMAN Publication
Penulis: Irfhan Fitri
Muka Surat: 193 m/s
Halaman: Hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.223 kg
Dimensi (cm): 14.5cm x 21cm x 1.5cm
Kita tahu, Tuhan mahu yang terbaik untuk kita
.
Tapi mengapa hati kita masih remuk tatkala diuji dengan sebuah musibah?
Mengapa kita masih bersedih dan patah hati, walau telah cuba memahami dan menerima semua yang berlaku?
Tidak bolehkah hidup ini bahagia dan baik-baik saja buat kita?
Atau mungkin sebenarnya, Tuhan sudah tidak sayang kita?
*
Menerusi buku ini, Irfhan Fitri ingin kita benar-benar memahami mengapa Tuhan menguji hamba-Nya. Melalui kisah dan pedoman yang dikongsinya, penulis menjemput kita untuk memaknai erti sebenar redha tanpa menafikan emosi-emosi yang bergelumang dalam diri.
*
Abdul Rahman bin Auf bertanya kepada Nabi SAW,“Engkau juga menangis, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab,“Wahai Ibnu Auf, ini ialah rahmat. Sesungguhnya mata ini menangis, hati ini bersedih, namun kami tidak akan mengucapkan sesuatu kecuali yang diredhai oleh Rabb kami. Sungguh, kami sangat bersedih dengan perpisahanmu, wahai Ibrahim.”(Riwayat Bukhari)