Penerbit: Biblio Press
Penulis: Marcus Aurelius
Muka Surat: 250
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.255kg
Dimensi (cm): 20cm x 13cm x 2cm
Marcus Aurelius merupakan salah seorang Maharaja Rom yang paling tersohor dan diingati sebagai salah seorang yang memerintah ketika zaman Pax Romana. Empayar Rom berada di puncak keagungan pada zamannya, dengan kemajuan daripada pelbagai sudut seperti ekonomi, perundangan, sains dan teknologi, falsafah dan pemikiran, dan bermacam-macam lagi.
Mungkin saja kita mampu katakan bahawa ketika Aurelius bersemayam di atas takhta, dia merupakan salah seorang daripada dua manusia paling berkuasa di atas muka bumi (seorang lagi ialah Maharaja Empayar Han di Timur). Tentunya di belahan dunia Barat, Aurelius ialah orang yang paling berkuasa.
Karya Meditations dengan terjemahan yang cemerlang lagi kemas oleh Fahmi Mustaffa ini wajar diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana bukan saja persoalan yang ditimbulkan oleh Aurelius di beberapa tempat amat relevan dalam konteks masyarakat kini yang sentiasa mahukan pengabsahan lewat media sosial, ia juga merupakan renungan tentang dan kehidupan oleh seorang manusia yang memiliki pesona universal, serta tidak tertakluk kepada kontee masyarakat Rom semata-mata.
Tentu, di beberapa tempat dapat kita kesani betapa dia merasa kesal dengan keadaan masyarakatnya, atau dengan orang di sekelilingnya dalam konteks yang khusus. Namun, secara umumnya, mesej yang ingin disampaikan melalui setiap perenungan yang terangkum dalam karya ini mampu terpakai kepada semua budaya, kawasan geografi, dan waktu.