Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Saat Hilangnya Pelangi (R10,Y4)

RM33.00
Price in points: 33 points
Weight: 0.55 kg
9789838222709
9 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Saat Hilangnya Pelangi
ISBN: 9789838222709
Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: Farhah Aiddin
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 694
Halaman: Hitam dan Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.545
Dimensi (cm): 11 cm x 18.5 cm x 3 cm
 
SINOPSIS
 
Seusai hujan, ada yang berharap datangnya pelangi. Namun, seindah apa pun pelangi yang menyapa akhirnya akan menghilang.

Seperti itulah lakaran kehidupan. Hidup memerlukan sinaran matahari dan badai hujan namun kadang kala pelangi menutup sebuah cerita luka yang menjadi rahsia.

Ya, rahsia. Semua orang ada rahsia. Sama ada sedar atau tidak, ada antara kita yang sedang menjadi watak utama dalam rahsia orang lain.

Dia gadis yang hidupnya kucar-kacir selepas dengan beraninya melanggar pantang larang abinya. Malangnya bertambah apabila ada yang mengirim gambar-gambar yang berbaur fitnah dan ugutan.

Lelaki ini, hidupnya tenang-tenang sahaja selepas melalui pelbagai episod kehidupan yang menyeksakan. Namun kemunculan musuh ketatnya secara tiba-tiba telah mengganggu-gugat ketenangan yang diraih.

“Kau dah kenapa?” – Hayyin Fahri

“Kau tu yang dah kenapa susah sangat nak sedar diri hah?” – Bintang Aura

“Sedar diri apa pulak ni?” – Hayyin Fahri

“Sedar diri yang kau tu suami aku!” – Bintang Aura

Bila masa dia berkahwin dengan ex-Head Prefect yang gila kuasa ini? Gila! Aura yang sedang melemparkan fitnah atau Fahri yang amnesia?

Mencintai tidak bermakna memiliki. Apatah lagi memilikinya membawa maksud bakal menghancurkan hati yang tulus mencintai. Biarlah.. dia sanggup digelar bagai pungguk rindukan bulan daripada menjadi asbab penderitaan orang yang amat dicintainya.

“Saya pembawa bencana dan malapetaka yang dahsyat dalam hidup awak.” – Bintang Aura

Siapa pula yang tergamak menghancurkan satu per satu kebahagiaan yang mereka perolehi selama ini?

Mampukah pelangi yang hilang mewarnai kembali langit indah mereka?

“Jikalau harus memilih antara kau dengan segalanya, aku akan memilih kau kerana kau adalah segala-galanya.” 
Penerbit:
Fajar Pakeer
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
694 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar