Penulis: Abdul Latip Talib
Muka Surat: 234
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.315
Dimensi (cm): 14 x 25 x 1.2
Tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia. Beliaulah ayah, beliaulah ibu. Anak-anaknya baharu mengenal dunia, menjadi yatim kerana perang. Bukan sekali beliau kehilangan kekasih hati, membuatkan beliau nekad, biarlah seluruh hidupnya hanya untuk amanah yang dipinjamkan kepadanya. Ketegasan yang diseliputi kasih sayang dengan harapan anak-anaknya kelak tidak mudah gentar dan berpaling.
Bertuahnya beliau, dilahirkan dalam keluarga yang paling hampir dengan kekasih Allah SWT. Siapa sangka, anak saudaranya yang yatim sejak kecil, diasuh oleh ayah dan abangnya, diutus Allah SWT sebagai pesuruh-Nya. Penghulu sekalian nabi dan rasul. Yang membawa rahmat kepada seluruh alam sehingga hari kiamat. Tiada yang mustahil, tiada keraguan, dakwah pertama disahut tanpa ragu dan curiga. Sinar keimanan semakin menebal dalam dirinya.
Perang Uhud yang mencatat sejarah, kekalahan tentera Islam, menjadi saksi keberanian tiada tanding seorang wanita. Beliau mara ke hadapan menghunus pedang tanpa rasa takutkan mati kerana padanya, janji Allah SWT itu pasti. Syurga abadi menantinya walaupun adik tercinta, Hamzah bin Abdul Muttalib gugur syahid menyembah bumi. Yang melahirkan pahlawan agung, al-Zubair bin al-Awwan yang digeruni tentera musuh Islam. Beliaulah srikandi Islam, Safiyyah binti Abdul Muttalib, menjadi sebutan sepanjang zaman. Penghulu wanita yang dimuliakan.