Penerbit: Galeri Ilmu
Penulis: Ustazah Asma' Harun
Muka Surat: 168
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.290kg
Dimensi (cm): 22cm x 14cm x 1cm
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:
الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ.
“Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh itu, hendaklah seorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat.” (Riwayat Imam At-Tirmizi)
Carilah sahabat yang benar-benar boleh memberi nasihat, walau mendengarnya terasa berat. Namun ia meringankan akhirat.
Berkawanlah dengan semua, namun bersahabatlah dengan yang membawa ke syurga.
Jika anda menganggap saya sebagai seorang sahabat, maka kita akan rasa dekat. Walaupun jauh di mata, di hati tetap terasa dekat, dekat di dunia dan dekat di akhirat.