Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Same As Ever - Edisi Bahasa Melayu (L108,PY6)

RM50.00
Price in points: 50 points
Weight: 0.32 kg
9789672437956
45 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Same As Ever -  Edisi Bahasa Melayu
ISBN: 9789672437956
Penerbit: Patriots Publishing
Penulis: Morgan Housel
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 238
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.315kg
Dimensi (cm): 23cm x 15cm x 2cm
 
SINOPSIS
“Buku ini mengetengahkan konsep-konsep yang mana lebih cepat anda memahaminya, lebih cepat anda hidup lebih kaya dan memuaskan.” — SCOTT GALLOWAY
Profesor pemasaran di NYU Stern dan penulis buku terlaris Adrift.

“Housel bijak dalam memilih cerita yang sempurna dan tidak boleh dilupakan untuk membawa pengajaran yang tak lapuk dek zaman mengenai wang, hidup, penceritaan, cita-cita dan kepuasan.” — DEREK THOMPSON
The Atlantic.

Daripada Morgan Housel, penulis The Psychology of Money, pengajaran sepanjang zaman mengenai apa yang tidak pernah berubah dalam dunia yang berubah.

Jika anda berjalan ke masa lampau kira-kira 500 tahun dahulu atau ke masa depan kira-kira 500 tahun dari sekarang, anda akan terkesima melihat betapa banyaknya perubahan dalam teknologi dan perubatan. Aturan geopolitik kelihatan tidak masuk dek akal pada anda. Bahasa dan dialek mungkin menjadi sangat asing, tetapi anda akan perasan prinsip-prinsip universal yang memandu tingkah laku — Orang menjadi tamak dan takut, tidak melihat jauh kerana terlebih yakin dan didorong oleh risiko serta cemburu, seperti hari ini. Apabila anda dibawa ke dunia yang tidak dikenali ini, anda akan menghabiskan beberapa minit menyaksikan tingkah laku manusia dan berkata, “Oh, saya pernah melihatnya sebelum ini.”

Dalam Same as Ever, Morgan Housel menawarkan pembaca satu pengembaraan melihat tingkah laku dalam sejarah dunia yang telah memainkan peranan penting dalam detik-detik penting sejarah, daripada penciptaan senjata nuklear pertama kepada penubuhan Amazon, daripada T.E. Lawrence kepada Jack Welch. Kisah-kisah tentang risiko, peluang dan kehidupan yang baik memberi kita pengajaran yang tak lapuk dek zaman, yang berbaloi untuk diberikan perhatian supaya kita boleh mengasingkan maklumat penting dan tidak penting, serta mengoptimumkan pembuatan keputusan. Sejarah dipenuhi dengan kejutan yang tidak dilihat orang. Akan tetapi, jika kita melihat apa yang tidak berubah, kita boleh menjadi lebih yakin dengan pilihan kita, tak kira apa yang ada pada masa depan.

MORGAN HOUSEL merupakan penulis buku antarabangsa terlaris The Psychology of Money. Seorang rakan kongsi dalam Collaborative Fund dan bekas penulis Wall Street Journal. Beliau ialah pemenang Best in Business Award sebanyak dua kali daripada Society of American Business Editors and Writers, pemenang New York Times Sidney Award, dan dua kali finalis Gerald Loeb Award for Distinguished Business and Financial Journalism. Kini beliau menetap di Seattle bersama isteri dan dua anaknya.
Penerbit:
Patriots Publishing
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
238 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar