Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Sejarah Arab Saudi: Buku Pertama Membongkar Sejarah Islam Di semenanjung Arab Sejak Zaman Rasullah S.A.W Hingga Sekarang #(L6)

RM37.90
Price in points: 38 points
Weight: 0.41 kg
9789672278375
4 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Sejarah Arab Saudi: Buku Pertama Membongkar Sejarah Islam Di semenanjung Arab Sejak Zaman Rasullah S.A.W Hingga Sekarang
ISBN: 9789672278375
Penerbit: HR Publishing 
Penulis: Dr Abdul Rahman HJ Abdullah
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 268
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.408
Dimensi (cm):  14.1 x 21 x 1.6

Inilah buku pertama yang mengupas persoalan seumpama ini dengan menyeluruh, yang tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana penerbit di Alam Melayu ini.Terdapat dua kekeliruan besar dalam penulisan sejarah Semenanjung Arab ini.

Pertama, selama ini dalam subjek Sejarah Islam kita hanya mengetahui sejarah Hijjaz atau Haramain ( Makkah dan Madinah) pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan zaman Khulafa al-Rasyidin sahaja. Selepas itu sejarah Hijjaz terus hilang dan tenggelam akibat perubahan pusat politik ke Syam atau Damsyik dengan kenaikan Kerajaan Bani Umayyah, lalu berpindah ke Baghdad pada zaman Bani Abbasiyah, dan kemudiannya ke Istanbul pada zaman Uthmaniyah.

Apa yang tinggal hanyalah Hijjaz ( Makkah dan Madinah ) sebagai pusat agama dan ibadah. Buku ini cuba mengisi kekosongan sejarah Hijjaz yang terabai sejak berakhirnya zaman Khula al-Rasyidin hingga tertubuhnya Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1925. Selain itu, kekeliruan lain dalam penulisan sejarah tentang Sejarah Makkah dan Sejarah Madinah (yang diterbitkan di Arab Saudi ) ialah ia hanya mengupas tentang sejarah Kaabah, Hajar al-Aswad, maqam Ibrahim , telaga Zamzam, Masjidil-Haram, Masjid Nabawi, Masya'ir dan sebagainya. Walaupun tema-tema seperti ini penting diketahui , tetapi ia lebih sesuai dalam perbahasan tentang ibadah Haji dan Umrah, bukannya dalam karya tentang sejarah Haramain ( Makkah dan Madinah ).

Buku ini cuba membetulkan kekeliruan ini , dengan membahas sejarah Makkah dan Madinah dalam perspektif sejarah yang sebenar dan tepat . Dengan kenaikan Kerajaan Arab Saudi , kita berkesempatan untuk menumpu perhatian semula kepada kepentingan sejarah di Makkah dan Madinah yang selama ini terpinggir. Di samping jasa Kerajaan Arab Saudi dalam pembangunan negara, terdapat juga sisi gelap yang berlaku di sebalik kemajuan yang pesat.

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar