Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama #(L57, BL57,PY9)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.24 kg
9789832423959
141 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama

ISBN: 9789832423959

Penerbit: Iman Publication

Penulis: Teme Abdullah

Tahun Terbit: Mac 2020

Format: Paperback

Jumlah Muka Surat: 306

Berat (kg): 0.240 kg

Dimensi (cm): 19cm x 12.5cm x 2cm

 

==========================================

 

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul 'kredit' yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.

Artis terkenal itu ada segalanya - wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.

Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada 'artis terkenal' yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.

Hidupnya berubah dari saat itu.

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams. Kim Jonghyun. Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

"Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth," bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

 

Siapa Teme Abdullah? 


Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina.
 
Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.
 
Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat A-level, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.
 
 
 
Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu Kota London. Walaupun tidaklah terkenal seperti pelukis-pelukis profesional, cerita mengenai aktiviti melukisnya pernah menjadi topik oleh blog-blog dan laman web tempatan dan internasional sehingga mendapat liputan televisyen. Cerita mengenainya juga pernah disiarkan di MHI Tv3 buat beberapa kali. Melalui pendedahan ini, Teme dapat berkongsi serba sedikit cerita tentang bagaimana dia menjual lukisan di London untuk menampung kos pengajian ijazahnya.
 
Melihatkan respon baik daripada pengikut yang mengikuti lukisan-lukisannya di instagram, Teme mengambil keputusan untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri. Penulis seakan-akan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di belakang lukisan-lukisan yang ditayangkan olehnya di media sosial. 
 
 
 
Setakat ini, penulis telah menulis 8 buah buku; Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, Signature Jalanan, Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama, Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis, Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama, dan Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua. Hanya buku pertama penulis sahaja (Pelukis Jalanan, diterbitkan pada 2016) yang ditulis ketika bergelar mahasiswa. Buku-buku yang lain ditulis selepas menamatkan ijazah.
 
Hasil sokongan daripada pembaca dan rezeki daripada Allah, Teme telah dianugerahkan dengan beberapa anugerah dalam bidang penulisan. Namun begitu, sehingga ke hari ini, Teme masih berpendirian untuk tidak muncul di sebarang majlis penganugerahan untuk menerima anugerah tersebut sendiri. Tidak langsung berniat untuk sombong, Teme menghargai semua anugerah yang diberikan kepadanya dan berterima kasih. Ia serba sedikit menaikkan semangatnya untuk terus menulis. Tetapi pada Teme, hal itu serba sedikit akan menghakis niat dan matlamat asalnya dalam bidang penulisan.
 
 


 
 
 
2018, walaupun telah mengambil keputusan untuk merahsiakan identitinya, Teme Abdullah telah mengadakan satu sesi bertemu pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sanggup membaca karyanya walaupun tidak pernah mengenali dirinya.

2019, hasil sokongan oleh para pembaca ke atas karya-karya Teme Abdullah, penulis telah berpeluang menghadap untuk mempersembahkan hasi karyanya kepada Ketua Negara Malaysia KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan permaisuri baginda KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar.


2020. Karya yang berbentuk lukisan potret baginda berdua oleh Teme Abdullah pula telah dijadikan hiasan di istana. Lukisan yang sama itu juga digunakan untuk barang-barang rasmi istana negara termasuklah pelekat kenderaan Istana Negara, dan kotak kurma derma kurnia Istana Negara.


Segala perkara baik yang dilalui ini ialah hasil doa berterusan ibu bapa, keluarga, pembaca, penyokong, dan kawan-kawan yang tidak putus-putus sehingga ke hari ini.

Teme hanya seorang pengkarya biasa yang hanya bernasib baik untuk dianugerahkan oleh Allah pembaca yang betul-betul menghidupkan karyanya. Alhamdulillah.

Penerbit:
Iman Publication
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
306 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar