ISBN: 9789670465777
Berat (Kg):1.120
===========================
Usah dilayani kesedihan itu, jadikan ia sekuntum senyuman yang penuh kemanisan dan keikhlasan. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini hanya sebuah perhentian yang mencabar dan penuh dugaan. Usah hanyut dengan kenikmatan sementara dan keseronokan yang membawa derita kerana kehidupan yang abadilah tujuan kita.
Kesedihan di dunia ini hanya bisikan perlahan yang akan hilang bersama hembusan angin. Usah dibuka lembaran kesedihan itu kerana ia tidak akan mengubah bunga yang sudah layu mekar semula. Usah bersedih apabila keseorangan kerana Allah itu sentiasa dekat bersama kita. Kepada-Nyalah kita meluahkan kesedihan, kegelisahan dan kerisauan. Dan kepada-Nya jugalah kita memohon ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan.
Lihatiah betapa ramai orang yang mencari kebahagiaan dan mengorbankan semua yang merika miliki untuk mendapatkan kebahagiaan, hakikatnya mereka tidak mengetahui yang bahawa kebahagiaan itu sangat hampir kepada mereka. Malah lebih dekat kepada mereka berbanding setiap hembusan nafas mereka apabila mereka sentiasa mengingati Allah.
Sesungguhnya Allah menyayangi kita melebihi kasih sayang, seorang ibu terhadap anaknya. Bagaimana mungkin untuk kita melayani kesedihan sedangkan kita adalah adalah hamba Tuhan Yang Maha Penyayang, Maha Mendengar, Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Rahmat dan belas kasih-Nya begitu luas dan meliputi segala sesuatu. Seyumlah, kerana senyumanmu itu mampu meruntuhkan tembok kesedihan dan menghancurkan benteng kesusahan.