Munira yang terkejut tentang kehilangan anak-anaknya hilang punca. Dia berharap pada pihak polis untuk mencari anaknya. Kehadiran bekas suami dan ibu mertuanya yang menyalahkannya atas kehilangan anaknya menambahkan tekanan hidup Munira lagi. Dari hari ke hari harapan untuk menemui anaknya semakin pudar. Kemuncak kekecewaannya apabila pihak polis bertindak menghentikan siasatan ke atas kes kehilangan anaknya itu.
Dibakar apa kemarahan dan kekecewaan, dia nekad untuk menyiasat sendiri kes kehilangan anaknya. Pencariannya bukan begitu mudah, dia hampir berputus asa. Pertemuan dia dengan Somchai, seorang penjahat telah membuka jalan untuk menjejaki anaknya. Pelbagai onak dan duri dia tempuhi untuk menemui kembali anaknya. Tetapi ianya tidak semudah itu. Munira perlu membayar harga yang cukup mahal dalam perjuangannya ini. Nyawa menjadi taruhan dan musuh yang sebenar adalah seseorang yang tiada siapa pun menduga.