Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Siri Bijak Belajar: Cik Penakut Masuk Asrama # (L64)

RM12.00
Price in points: 12 points
Weight: 0.13 kg
9789672040828
25 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Siri Bijak Belajar: Cik Penakut Masuk Asrama 
ISBN: 9789672040828
Penerbit: Blink Trading
Penulis: Ain Maisarah, Sabrina Ismail
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 110
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.125
Dimensi (cm): 19cm x 13cm x 0.7cm
 
SINOPSIS
 
Sakura, seorang pelajar penakut yang sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak masuk ke sekolah berasrama. Tanpa diketahui… ibubapanya telah mendaftarkan Sakura masuk ke Sekolah Tahfiz Al-Humaira yang berasrama penuh. Terkejut besar si gadis dibuatnya!

Di asrama baru… Sakura terpaksa berhadapan dengan persekitaran, jadual dan disiplin baru yang tidak disukai langsung. Tambahan pula, dia ditempatkan sebilik dengan seorang senior bernama Huda yang pelik lagi menakutkan.

Apabila diselidik… barang peribadi Huda ada terselit boneka yang penuh dicucuk jarum. Disimpan secara rahsia juga, sekeping gambar seorang ustaz selebriti yang ada lilin di sekelilingnya.

Ah… tidak cukup dengan ketakutan duduk di asrama, dapat pula kawan sebilik yang ahli sihir agaknya!

Cuba melaporkan pada pihak sekolah tentang penemuan itu… malangnya, warden asrama tidak mempercayai segala cerita.

Apakah yang Sakura perlu lakukan? Terus tinggal di asrama atau keluarkan Huda dari sekolah itu? Benarkah kehidupan di asrama itu betul-betul menakutkan? Ada rahsia yang tersirat dalam cerita yang tersurat. Jawapan tentang ‘asrama’ yang dicari ada tersembunyi di dalam buku ini. Haa… mesti baca, jangan takut-takut ya!

Penerbit:
Blink Trading
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
110 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar