Tajuk: Siri Novel Ikonik Sasterawan Negara: Hujan Pagi (L76,BL73)
ISBN: 9789672456889
Penerbit: Nuha Books
Penulis: A.Samad Said
Tahun Terbitan: 2025
Muka Surat:432mc
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg):0.57kg
Dimensi (cm): 22.5cm x 15cm x 2cm
SINOPSIS
Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini . Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu . Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri.Menurut doktor jiwanya , Dr Ahmad Dio , penyakit Lokman akan lebih serius , jika tidak segera dibantu. Dalam mingguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi , Lokman merasa berperanan dan dihargai . Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna , sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis. Novel ini mempunyai unsur - unsur lagenda , sejarah , arkeologi , astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia - manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu , lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang . "Novel ini ialah penghasilan pascamoden yang mengangkat masalah penyusupan kuasa dalam dunia wartawan, dunia profesion A. Samad Said sendiri yang mulai diceburi sejak 1958 - 1987 . Menerusi novel ini ,beliau menyelitkan unsur realisme magis yang dipopularkan oleh Gabriel Garcia Marquez " - Rosnah Baharudin - Biografi A Samad Said : Memberi Hati Nurani.