Inilah tiga kisah indah berkenaan seindah-indah hiasan dunia, perempuan yang solehah. Kisah yang menerbitkan air mata, yang melahirkan syukur dan menyuntik tenang.
Merekalah srikandi pada zaman mereka. Kisah mereka melahirkan inspirasi, kisah mereka memberi makna pengorbanan, dan daripada kisah mereka, mengajar kita erti cinta.
Aminah : Ibu kepada junjungan agung, Nabi Muhammad s.a.w. Kisahnya mencoretkan erti-erti seorang isteri kepada suami, dan kasih seorang ibu kepada anak.
Fatimah: Puteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Ayu wajahnya dan elok akhlaknya, sangat mengharum. Kasih sayangnya kepada sang ayah dan cintanya kepada sang suami, tiada tandingan.
Rabiatul Adawiyah: Wanita yang tidak punya suami, tidak juga punya anak. Wanita yang cukuplah Allah sahaja untuknya. Hidupnya hanya untuk Ilahi dan kisahnya pulak adalah untuk renungan semua.
Inilah kisah Srikandi-Srikandi yang Benar.
Isi Kandungan
Bahagian 1 - Aminah
BAB 1 Puteri Quraisy
BAB 2 Calon Suami
BAB 3 Nazar Abdul Mutalib
BAB 4 Undian Maut
BAB 5 Nasib Abdullah
BAB 6 Tempurung Nasib
BAB 7 Bahagia untuk Aminah
BAB 8 Pasangan yang Sepadan
BAB 9 Keluarga Dagang
BAB 10 Merindu
BAB 11 Khabar yang Terlewat
BAB 12 Air Matanya Bergenang
BAB 13 Tentera Bergajah Abrahah
BAB 14 Kelahiran Manusia Agung
BAB 15 Kebanggaan Arab Quraisy
BAB 16 Ibu Susuan
BAB 17 Halimatun Saadiah
BAB 18 Tuhan Menyayanginya
Bahagian 2 - Fatimah
BAB 1 Cerita Ibu
BAB 2 Wanita Hebat
BAB 3 Pasangan Dunia Akhirat
BAB 4 Insan Terpilih
BAB 5 Kelahiran yang Dinanti
BAB 6 Fatimah Az-Zahra
BAB 7 Tahun Ujian
BAB 8 Ketabahan Fatimah
BAB 9 Hijrah
BAB 10 Ali bin Abi Talib
BAB 11 Bahagia Cinta
BAB 12 Isteri Solehah
BAB 13 Keadilan Cinta
BAB 14 Kelahiran Hasan
BAB 15 Wanita Terpilih
BAB 16 Ke Dunia Abadi
Bahagian 3 - Rabiatul Adawiyah
BAB 1 Reda Derita
BAB 2 Kelahiran
BAB 3 Namanya Rabiah
BAB 4 Mimpi Ismail Al-Adawiy
BAB 5 Menghadap Raja Basrah
BAB 6 Rabiah Membesar
BAB 7 Ujian Pertama
BAB 8 Ujian Kedua
BAB 9 Rabiah Diculik
BAB 10 Juwairiah
BAB 11 Nyaris
BAB 12 Karamah
BAB 13 Kemerdekaan
BAB 14 Kembali ke Basrah
BAB 15 Istikharah
BAB 16 Majlis Zikir
BAB 17 Rabiah dan Ulama
BAB 18 Abdah bin Abi Syawal
BAB 19 Perawi Rabiah
BAB 20 Pinangan
BAB 21 Idaman Raja Basrah
BAB 22 Milik Siapa
BAB 23 Abdul Wahid
BAB 24 Penjernihan
BAB 25 Hassan Al-Basri
BAB 26 Omelan di Bibir Rabiah
BAB 27 Kalam-Kalam Ilmu
BAB 28 Hadiah-Hadiah Mereka
BAB 29 Malik bin Dinar
BAB 30 Muhammad bin Umar
BAB 31 Sufian al-Tsauri
BAB 32 Daripada Tangan Rabiah
BAB 33 Samudera Keikhlasan
BAB 34 Pengabdian yang Ikhlas
BAB 35 Masma’ binti Ashim
BAB 36 Ilmu Hakikat
BAB 37 Menyaksikan Wajah Allah
BAB 38 Karamah
BAB 39 Perginya Srikandi Islam