Penerbit: Kaseh Aries
Penulis: Ieya Sya
Muka Surat: 442
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.310kg
Dimensi (cm): 18.5cm x 11.5cm x 3cm
“Aku tak sangka kau sejahat ni. Disebabkan keinginan kau, kau hancurkan hidup orang lain. Kalau aku dapat kau, memang…” –Zakief.
“Bodoh. Kalau abang cermin diri sekarang, mesti nampak betapa bodohnya abang.” –Kiera.
“Jangan celopar, Kiera. Atau suatu hari nanti keceloparan kamu buat kamu tak mampu bangun lagi.” – Ibu.
Tiga tahun berlalu. Kiera benar-benar disumpah seperti kata ibunya. Hidupnya hancur. Tiada lagi tawa. Hanya ada senyuman palsu yang cuba diukirkan. Tidak pulang ke kampung sewaktu ibunya meninggal membuatkan mak ngahnya menyimpan amarah. Namun, Kiera tekad untuk memohon kemaafan. Yang dia mahukan hanyalah secebis ketenangan dalam dunia yang mengerikan.
Namun, kemaafan terlalu sukar untuknya. Apatah lagi dia perlu berhadapan dengan Zakief yang sangat membencinya.
“Untuk manusia macam kau. Untuk anak tak guna macam kau, memang layak kau hidup dengan rasa tak tenang. Aku harap kau hidup tak tenang sampai kau mati.” - Zakief
Semua kesalahan dicampak ke atas bahu Keira. Namun, Zakief tidak tahu rahsia tiga tahun lalu. Malah lelaki itu tidak tahu apa yang dia lalui. Sehinggalah Zakief menemui Kiera tanpa solekan. Wajah pucat yang Kiera sembunyikan membuatkan hati lelakinya tertanya-tanya. Dan ketika dia tahu segala-galanya, Zakief luluh.
Apakah rahsia yang Kiera simpan tiga tahun lalu? Dan apakan yang berlaku sehingga Kiera rasa dia disumpah atas kesalahannya?