Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Syurga yang Dirindui: Bicara Nabi Darihal Syurga #(Z17,Y4)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.47 kg
9789672679646
220 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Syurga yang Dirindui: Bicara Nabi Darihal Syurga
ISBN: 9789672679646
Penerbit: Faqih Synergiz Training & Cunsultancy
Penulis: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Nazifatunnisa Salim
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 290
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.465kg
Dimensi (cm): 1.5cm x 15cm x 23cm
 
SINOPSIS
 
Nabi s.a.w. pernah berkunjung ke syurga yang pastinya melalui mimpi, dan berkemungkinan juga melalui fizikal. Perjalanan baginda s.a.w. ke syurga telah meninggalkan bekas yang besar dalam diri baginda, ditambah pula maklumat lain yang disampaikan terus oleh baginda melalui malaikat, lalu baginda ceritakan kepada kita. Ia bukan hikayat atau dongengan. Ia bukanlah kisah mistik. Darihal syurga yang disampaikan oleh Nabi s.a.w.,bertujuan membentuk pemikiran yang lurus danmenggariskan matlamat yang jelas buat kita semua.Dengan itu,kita akan berusaha untuk menyusun jalan hidup yang baik bersendikan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya s.a.w.

Buku ini memaparkan lebih 50 hadith darihal keindahan syurga. Memukau sungguh penceritaan Nabi s.a.w. sehingga membuatkan kita merindui syurga tersebut. Syurga itu ialah kampung halaman kita, tempat ayahanda kita Nabi Adam a.s. dan bonda kita Hawwa' berdiam dahulu. Kita mesti kembali ke kampung halaman,kita mesti berusaha.

Apabila anda menatap buku ini, ada beberapa persoalan yang akan terjawab.

-Apakah bahan yang digunakan untuk membina syurga?
-Bagaimanakah caranya untuk kita membina rumah dan menanampohonan di syurga?
-Bolehkah kita meneruskan hobi kita di dunia apabila ke syurga kelak?
-Bolehkah kita menziarahi kediaman para Nabi khususnyaNabi Muhammad s.a.w.kesayangan kita?
-Benarkah kita sudah ditunjukkan kediaman di syurga semasa di alam barzakh lagi?
-Benarkah ada roh orang yang sudah meninggal dunia yang menginap dalam ronggaburung hijau?
-Di manakah anak-anak yang meninggal dunia semasa kecil menetap sekarang?

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membaca karya bersama Ustaz Dzulkhairi dan Ustazah Nazifah ini. Menatap pengkisahan tentang syurga daripada orang yang berpengalaman sendiri,iaitu Rasulullah s.a.w.
Penerbit:
Faqih Synergiz

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar