===========================
Format: Paperback
Saiz: 6’ x 9’
ISBN-13: 978-967-11969-7-7
Jumlah Muka Surat: 268
Berat (Kg): 0.39
===========================
SINOPSIS
Buku ini diberi judul TAHALUF SIYASI Antara Peluang dan Prinsip yang memberikan fokus khusus terhadap kerjasama politik antara PAS dan DAP serta UMNO dan MCA.
Penulis memilih parti-parti tersebut untuk dikaji kerana isu-isu berhubung parti-parti berkenaan paling banyak dibincangkan di dada-dada akhbar, khususnya mengenai kerjasama mereka; sama ada perkara yang melibatkan hokum ataupun melibatkan jalur pemikiran politik yang berbeza. Jarang sekali kedengaran isu kerjasama politik UMNO dengan MIC diperbahaskan (walaupun MIC merupakan parti utama bagi orang India) dan hanya sekali-sekala sahaja kedengaran kerjasama politik UMNO dan GERAKAN dipertikaikan.
Sesungguhnya menulis menulis buku seperti ini memerlukan kesabaran yang tidak sedikit kerana kesukaran mendapatkan fakta yang sebenar. Ini berikutan, kedua-dua pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional) cuba untuk menguasai pemikiran rakyat dengan memaparkan kebaikan fikrah dan perancangan mereka. Dalam masa yang sama membesar-besarkan kelemahan idea dan perancangan musuh politik mereka. Perkara yang terselindung inilah akhirnya membuatkan segelintir rakyat tersilap dalam memberikan sokongan kepada pihak yang tidak sepatutnya. Semoga dengan kehadiran buku ini akan memberikan pencerahan terhadap kekaburan tersebut.