Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Tanggungjawab Dakwah Dalam Pemerintahan Islam # (BL57,L62)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.45 kg
9786299827306
63 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Tanggungjawab Dakwah Dalam Pemerintahan Islam
ISBN: 9786299827306
Penerbit: Sekolah Islam Nur Al-Azhar
Penulis: Dr Abdul Rahman Hj Abdullah (Editor: Rohidzir Rais)
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 296
Halaman: Hitam Putih 
Format: Paperback
Berat (kg): 0.447
Dimensi (cm): 23x15x2
 
SINOPSIS
 

Gandingan ulama dan umara (pemerintah) yang menjadi asas kepada kesejahteraan sebuah pemerintahan bertuhan, menjadi tema penting dalam karya Dr Abdul Rahman Hj. Abdullah ini. Sorotan sejarah membuktikan, kesatuan di antara dua golongan ini menghasilkan kesejahteraan kepada negara dan rakyat. Sama ada pemimpin itu adalah ulama atau sebaliknya atau pemimpin itu menjadikan ulama sebagai rujukan, sinergi bertenaga ini dibuktikan kejayaannya berulang-kali sepanjang zaman. Malah kesan longgarnya hubungan dua golongan ini juga terbukti menghancurkan banyak negara malah meranapkan banyak tamadun.

Penulis secara berani meletakkan dakwah kepada pemimpin dan rakyat sebagai asas kejayaan sebuah pemerintahan. Berulang kali dinyatakan dengan tegas dan bukti sejarah bahawa apabila pemerintah menjadikan dakwah sebagai matlamat, lalu rakyat mendapat manfaat yang besar. Demikian juga tatkala ulama meninggalkan tanggungjawab asasinya sebagai pendakwah, lalu masyarakat dan pemimpin sama-sama lebur dalam kesesatan.

Buku ini wajar dihadamkan bagi mencari dan melahirkan ulama yang berani berdakwah kepada pemerintah yang berkuasa, dan dalam masa yang sama menonjolkan umara yang bersedia menerima dakwah daripada ilmuwan yang ikhlas menegur.

Rasulullah SAW berpesan, "Ada dua golongan manusia, kalau kedua-duanya baik, maka umat akan baik. Dan apabila kedua-duanya buruk, maka umat akan buruk pula. Kedua-dua golongan tersebut adalah ulama dan umara."

Penerbit:
Sekolah Islam Nur Al-Azhar
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
296 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar