Tajuk: Terjemahan Penawar Bagi Hati
ISBN: 9789830993683
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Penulis : Abdul Qadir Bin Abdul Muthalib
Penterjemah : Noraine Abu
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 248
Halaman: Hitam & Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.285 kg
Dimensi (cm): 20.9 cm x 14.1 cm x 1.4 cm
Sinopsis
Sesungguhnya buku Terjemahan Penawar Bagi Hati’ ini suatu kitab yang amat terkenal di kalangan para pelajar yang mengikuti pengajian di pondokpondok, masjid, surau ataupun di pejabat, yang membicarakan segala sifat yang dipuji, seperti merendah diri dan sabar atau sifat yang dicela, seperti dengki dan membesar diri.
Dan sesungguhnya ianya berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf, iaitu suatu ilmu yang membicarakan tentang sifat kelakuan diri kita, seperti mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta’ala dan menghiasi diri kita dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.
Sekiranya kita dapat mendalami tentang Ilmu Tasawwuf itu, ianya akan dapat membersihkan segala anggota yang zahir, seperti; mata, telinga, lidah, perut, faraj, dua tangan, dan dua kaki kita daripada segala perbuatan yang keji supaya dapat menjurus kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan.
Sesungguhnya hendaklah kita ingat di dalam hati kita bahawasanya Allah telah memberi nikmat kepada kita beberapa nikmat yang tidak terhingga banyaknya, dan wajib bagi kita tidak memeliharanya, nescaya ianya akan jadi saksi semuanya di atas kita pada hari kiamat kelak.