1. Ahli dropship perlu mendaftar dan membuat bayaran yuran terlebih dahulu sebelum akaun dropship boleh diaktifkan.
2. Bco.com.my berhak meminda kadar diskaun pada bila-bila masa mengikut keperluan & promosi tertentu.
3. Ahli dropship dibenarkan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan apa sahaja medium pemasaran yang ada samada secara online atau offline semasa membuat promosi selagi ianya tidak melanggar undang-undang Malaysia sedia ada.
4. Ahli dropship haruslah komited dengan program ini dengan melakukan aktiviti promosi secara berterusan. Ahli dropship yang gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan (seperti tiada sebarang aktiviti promosi dan jualan dalam masa 3 bulan) akan digugurkan dari program ini.
5. Bco.com.my berhak untuk meminta bukti promosi yang dilakukan oleh ahli dropship dari semasa ke semasa mengikut keperluan/kesesuaian. Ahli yang tidak memberikan kerjasama yang memuaskan akan digugurkan dari program ini. Ahli yang digugurkan keahlian tidak akan dipulangkan yuran yang dibayar.
6. Harga produk yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran perlu samada ditanggung oleh ahli dropship atau pelanggan kepada ahli dropship kecuali jika ada promosi tertentu dari Bco.com.my. Status pesanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
7. Penghantaran pesanan hanya akan dibuat selepas ahli dropship membuat pembayaran keseluruhan untuk pesanan. Bco.com.my akan bertanggungjawab untuk memproses pesanan tersebut dalam kadar segera dan membekalkan tracking no kepada ahli dropship.
8. Ahli dropship digalakkan membuat order dengan segera sebaik sahaja menerima order dan pembayaran dari pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan program.
9. Bagi kes pembatalan pesanan, mohon maklumkan kepada kami dalam tempoh 24 jam untuk mana-mana pesanan yang ingin dibatalkan. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kami tidak akan memproses permohonan pembatalan tersebut.
10. Ketika membuat pembayaran pesanan, sila buat pembayaran tepat dengan nilai yang tertera pada invoice. Bayaran berlebihan tidak akan dipulangkan baki.
11. Bco.com.my tidak akan memasukkan apa-apa flyers/invoice/bahan promosi yang berkaitan dengan bco.com.my dalam pesanan pelanggan. Pelanggan ahli dropship adalah pelanggan ahli dropship.
12. Ahli dropship juga perlu menguruskan hal-hal berkaitan khidmat pelanggan kemudian bawakan apa-apa isu yang berkaitan kepada pihak Bco.com.my untuk diselesaikan sekiranya perlu.
13. Bco.com.my berhak untuk tidak memproses pesanan ahli dropship atas sebab-sebab seperti produk tiada stok atau produk telah OP (Out of Print).
14. Ahli dropship diberi kebebasan untuk meletakkan harga tertentu untuk produk dalam program ini asalkan ianya tidak melebihi harga jualan yang tertera pada produk dan sesuai dengan nilai produk yang dijual.
15. Bco.com.my tidak akan menanggung apa-apa kos yang timbul sekiranya penghantaran pesanan mempunyai masalah yang berpunca dari kesilapan ahli dropship.
16. Bco.com.my hanya akan menanggung kos yang timbul sekiranya ;
- Produk yang dihantar didapati telah rosak (rosak luaran atau ketidaksempurnaan dalaman)
- Produk yang dihantar mempunyai kesilapan dari segi kuantiti, tajuk, dan seumpamanya
- Apa-apa isu yang disebabkan oleh kecuaian dari Bco.com.my
17. Ahli dropship dilarang dari melakukan sebarang aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai penipuan. Bco.com.my tidak akan bertangungjawab atau tidak boleh dipertangungjawabkan atas apa-apa isu yang boleh ditafsirkan sebagai cubaan melakukan aktiviti jenayah menggunaan program ini.
18. Ahli dropship yang tidak berdaftar dengan GST tidak boleh kenakan GST kepada pelanggan samada untuk produk mahupun kos penghantaran. Bookcafe tidak akan bertanggungjawab jika berlaku masalah undang-undang akibat dari perbuatan tersebut.
Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA
Jaminan wang dikembalikan
Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian
Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar
PTS Bookcafe Sdn Bhd, 3A-01, Selayang 18, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA.
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu, 10 AM - 6 PM
Waktu Rehat: Jumaat Sahaja, 1 PM - 2.30 PM
Hubungi Kami,
Email: orders@bookcafe.com.my
Phone: 03-61271135
Whatsapp: 011-63264141 / 016-6611972
Waze / Map: Bookcafe @ Selayang 18
Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA
Jaminan wang dikembalikan
Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian
Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar
© 2008-2024 PTS Bookcafe Sdn Bhd (924422-P). Disediakan oleh MIS PTS