Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Terusir - HAMKA (R9)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.31 kg
9789671754306M
15 pieces
+
Add to wish list

Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis.” - HAMKA

Ini novel air mata oleh HAMKA. Meruntun jiwa & merobek jiwa yang membacanya.

Membaca Terusir membuatkan kita merasai, tidak perlu menjadi perempuan untuk memahami jiwa dan kesulitan penghidupan perempuan yang hidupnya sendiri. Jadi saja manusia yang punya rasa kemanusiaan.

Ini bukan kisah antilelaki, ini sebuah cerita yang akan buat anda lebih menghargai semua wanita dalam hidup anda. Seperti ibu, isteri dan saudara.

Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumah tangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Tanpa sebab, dipersalahkan. Tanpa belas kasihan, dihalau keluar dari rumah sendiri.

Langit tidak selalu cerah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bertalu bebanan masalah membelenggu. Mariah pula dianaiyai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur.

Dia akhirnya, jatuh ke lembah hina. Apakan daya, ini bukan kehendaknya. 

Anak yang ditinggalkan bertahun lamanya, cuma mampu dilihat apabila beliau berada dikandang perbicaraan. Rindu sekian lama terubat melihat anak sendiri. 

Namun, adakah si anaknya tahu, itu ibunya dikandang mahkamah menunggu hari pembalasan? Mengapa Mariah dihadapkan ke muka keadilan? Semua terjawab di Terusir.

 

- Novel air mata

- Tidak semua perempuan jahat itu memilih kejahatan daripada hatinya.

- Azhar, lelaki ego yang mudah melupai rahsia cinta pertama.

- Kerana fitnah ibu mentua, Mariah terpisah dengan anaknya, Sofyan.

 

"Diberinya gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya 'sampah masyarakat', dinamainya 'bunga mengandungi racun', 'kupu-kupu malam' dan lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal dia sendiri yang menyuruh mereka sesat ke dalam lembah itu." - HAMKA

 
Penerbit:
Jejak Tarbiah
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
130 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar