Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Tiada Tuhan Melainkan Allah (Asal-Usul, Perkembangan dan Masa Depan Islam) (L104)

Rak: L93
RM45.00
Price in points: 45 points
Weight: 0.57 kg
9789675266126
7 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9
ISBN: 9789675266126
Jumlah Muka Surat: 348
Berat (Kg): 0.57
===========================
 
Walaupun ia merupakan agama yang paling cepat berkembang di dunia, banyak orang masih tidak mengenal serta takut kepada Islam. Apakah intipati agama purba ini? Apakah ia agama perdamaian atau peperangan? Bagaimana Allah berbeza daripada Tuhan Yahudi dan Kristian? Dapatkah negara Islam diasaskan di atas nilai-nilai demokratik seperti pluralisme dan hak asasi manusia?
Reza Aslan, seorang sarjana perbandingan agama, telah mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana semangat dan kejernihan yang ditunjukkannya dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan ini. Dalam Tiada Tuhan Melainkan Allah, Reza mencabar mentaliti “pertembungan tamadun” yang telah mengkaburkan pandangan kita terhadap Islam dan menjelaskan agama ini dengan segala kerencaman, keindahan dan sifat belas-kasihnya.
Bertentangan dengan persepsi orang ramai di Barat, Islam adalah sebuah agama yang berakar teguh dalam tradisi kenabian kitab-kitab Yahudi dan Kristian. Reza Aslan bermula dengan pengkisahan nyata tentang persekitaran sosial dan keagamaan sewaktu hayat Nabi Muhammad. Wahyu-wahyu yang diterima baginda di Mekah dan Madinah dan kemudiannya dirakam dalam Quran, menjadi asas bagi kelahiran sebuah masyarakat yang amat egalitarian, yang tidak pernah disaksikan sebelum itu. 
 
Tidak lama setelah kewafatan baginda, para pengganti Rasulullah telah memulakan tugas besar untuk menjelas dan mentafsirkan risalah baginda bagi generasi masa depan. Usaha-usaha mereka telah membawa kepada pembentukan sebuah kod tatalaku yang sepadu buat mengatur setiap sisi kehidupan orang-orang beriman.

Tetapi percubaan ini telah meluaskan jurang di antara Islam ortodoks dan dua mazhab utamanya, iaitu Syiah dan Tasawuf, dua aliran yang dijelaskan secara terperinci oleh Reza Aslan.

Akhir sekali, Tiada Tuhan Melainkan Allah meneliti bagaimana orang-orang Islam, di bawah bayang kolonialisme Eropah, membangunkan strategi-strategi yang saling bertembungan dalam usaha menyelaraskan nilai-nilai Islam dengan realiti sosial dan politik dunia moden.

Kemunculan negara Islam dalam kurun ke-20 telah menghangatkan lagi persaingan untuk merebut masa depan Islam ini sehingga adakalanya kekerasan tercetus di antara golongan yang cuba untuk
Rak:
L93

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar