====================
Penerbit: MH Research Solution
Tahun Terbitan: Ketiga, 2015
Muka Surat: 251
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.33 kg
Dimensi (cm): 21 cm x 15 cm x 2 cm
====================
Sinopsis
Buku ini adalah merupakan sebuah biografi awal yang memaparkan perjalanan dan perjuangan awal Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebelum terjun dalam dunia politik. Nik Aziz telah mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri Haji Nik Mat atau lebih dikenali dengan Tok Ku Nik Mat sebelum ke Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu. Setelah itu beliau menyambung pelajaran di Deoband (Darul Ulum), India dan sebelum memperolehi Ijazah Sarjana dalam Perundangan Islam dan Kehakiman dari Universiti al-Azhar di Kaherah. Pada 23 Oktober 1990, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang diketuai oleh PAS berjaya memenangi pilihan raya tersebut.
Beliau akhirnya bersara sebagai Menteri Besar Kelantan selepas pilihanraya 2013 setelah 23 tahun memerintah sebagai Menteri Besar. Namun begitu beliau kekal sebagai Mursyidul ‘Am dan pengerusi Majlis Syura Ulama PAS. Buku ini harus dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat bagi mengenali lebih lanjut tentang diri Nik Aziz terutama sewaktu beliau diberi didikan awal oleh ayahnya sendiri, Tok Ku Nik Mat.