Format: Paperback
“Masalah apa?”
“Encik Gha ar tak jadi buat ritual, sebab dia tak nak tengok roh anak dia dalam keadaan yang tak baik. Cik Hasya pulak, tak ada barang daripada waris yang sedarah sedaging. Sebab dia anak yatim piatu. Dia tak tau mak bapak dia siapa.”
“Kalau macam tu, cancel sajalah dua-dua. Jom kita balik,” kata Mokhsen sambil mengangkat sebelah lutut, sedia untuk bangun dari silanya.
“Jap! Diorang ada suggest satu benda. Andika pun tak pasti boleh ke tak. Sebab tu nak tanya abang dulu...”
“Apa dia?” Mokhsen kembali bersila.