Penerbit: FIXI
Penulis: Shaz Johar
Muka Surat: 328
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.260
Dimensi (cm): 18.5 x 12 x 3
Tahun 2022, di Tualangville. Sehari sebelum hari jadinya yang ke-13 adalah hari yang
malang buat Sufian.
Dia ternampak sesuatu yang dia tak sepatutnya nampak apabila dia masuk ke dalam
pondok yang disangkanya terbiar. Demi mengelak rahsia bocor, Sufian bukan sahaja
dikejar dan diugut, malah ditolak ke dalam Sungai Tualang.
Mujur dia selamat. Apabila keluar dari sungai, dan disambut seorang budak perempuan,
Merah.
Tapi Merah dan orang lain yang ditemuinya tidak tahu nama Tualangville. Mereka
memanggil kawasan itu Kampung Tualang. Mereka juga tidak kenal apa itu telefon bimbit,
dan bergerak dengan kenderaan yang merupakan bas bersaiz mini.
Sufian berada di zaman bila sebenarnya? Dan dapatkah — atau mahukah — dia pulang?