Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”
(Al-Baqarah 2:269)
Kitab ini merupakan koleksi 106 kata-kata hikmah seorang ulama’ besar dari Hadhramaut, Yaman iaitu Imam Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad. Buku ini adalah buku pertama Imam Al-Haddad yang diterjemah dalam Bahasa Melayu.
Kata-kata hikmah ini memiliki kekuatan rohani yang luar biasa. Ia menasihati terus ke lubuk hati para pembaca.
Mutiara hikmah ini merupakan kalam yang sangat luas dan mempunyai banyak erti antaranya sunnah Nabi Muhammad SAW, ilmu yang bermanfaat serta kebaikan dan kebijaksanaan.
106 kata-kata hikmah ini dihurai dengan syarah yang mudah difahami dan sangat relevan dengan segala permasalahan ummah pada hari ini.
106 kata-kata hikmah
106 syarah huraian
106 peringatan dan kata-kata nasihat
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
(Ar-Rad 13:28)