Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Yandere (R10,Y4)

RM27.00
Price in points: 27 points
Weight: 0.39 kg
9789838222631
15 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Yandere
ISBN: 9789838222631
Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: Hyun Yunzz
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 486
Halaman: Hitam dan Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.385 kg
Dimensi (cm): 11 cm x 18 cm x 2 cm
 
SINOPSIS
 
"Menyembunyikan sisi buruk kadangkala lebih bijak daripada mendedahkannya. Tidak setiap bayang layak dibawa ke dalam cahaya." - Yandere

Yandra. Nama penanya Yandere, dikecam teruk di dunianya sendiri. Mereka bilang, ceritanya tragis dan tidak patut wujud! Namun semangatnya yang kuat menemukan dia kepada pembaca setianya yang dikenali sebagai Nathan Gabriel.

Nathan memperkenalkan Yandra kepada sebuah aplikasi Draftpen yang hanya boleh diakses di Browser Snorlex iaitu laman sesawang yang tidak diketahui ramai kecuali orang-orang tertentu.

Tetapi, sejak memasukkan ceritanya di aplikasi itu, banyak perkara aneh yang berlaku di dalam hidupnya seperti kehilangan teman serumahnya dan pertemuannya terhadap dua kumpulan iaitu Kafziels berbaju putih dan Gabriels berbaju hitam

"In the silent echoes of knowing glances, she pretends not to know what she has already done." - Nathan.

Tranquility Tower, Yandra terpilih untuk mengikuti lawatan Akademi Suzhenae ke penjara Tranquility Tower atas ‘potensi’ miliknya. Di sana dia bertemu dengan Roxy, gadis cantik yang auranya luar biasa.

"People consider me to be the most beautiful criminal to have ever existed, but if they don't, it's because they can't handle my beauty." - Roxy

Pembunuhan demi pembunuhan mula berleluasa. Semuanya dikawal oleh satu minda kejam yang berlindung di sebalik sudut dunia.

Misteri tentang aplikasi Draftpen juga bakal terbongkar. Siapa mereka yang berada di dalam aplikasi ini? Adakah Yandra dapat mengetahui rahsia di sebalik alam maya ini?

Yandere ialah gelaran buat wanita yang obsesif dan posesif terhadap orang yang mereka cintai sehingga mampu membunuh untuk mendapatkan orang yang mereka cintai. Namun, ini bukan Yandere yang kita fahami, ini Yandere si gadis yang kelihatan polos dan suka akan ayam goreng, namun menyimpan beribu rahsia yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri.

"Sedangkan objek yang paling enteng boleh menjadi senjata yang ampuh melawan musuh." 
Penerbit:
Fajar Pakeer
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
486 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar