Pernahkah anda terfikir bahawa virus yang sebegitu kecil boleh menjadi pandemik dahsyat yang menakluki dunia? Covid-19 telah mengubah kehidupan kita!
Saya, anda, dia… Kita semua boleh menjadi mangsa. Yang lebih menakutkan, kanak-kanak ialah salah satu golongan yang berisiko tinggi!
JANGAN PANIK!Please stay at home!
Meskipun wabak Covid-19 amat membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan bersekolah, namun tidak bermakna kita harus hidup dalam keadaan penuh kerisauan dan ketakutan. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan serta maklumat yang mencukupi, kita dapat mengamalkan langkah-langkah mencegah dan memutuskan rantaian Covid-19 daripada terus menular.JANGAN PANIK!Please stay at home!
Yasin, Tahlil dan Doa terbitan PTS Islamika ditulis lengkap dengan terjemahan supaya pengamal dapat menghayati makna bacaan ayat al-Quran dan doa sekali gus memahami mesej yang terkandung di dalam amalan ini. Turut dimuatkan panduan-panduan membacanya dan doa yang termasyhur di kalangan umat Islam di Malaysia.