The Wannababes mahu ke New York? Tetapi jumlah peserta sudah penuh! Hmm… terpaksalah The Wannababes melakukan apa sahaja demi mencapai misi yang satu itu! New York, tunggu kedatangan The Great Wannababes!
“Cuba kau tengok tiga bintang tu – Belt of Orion.” Faiz menuding ke arah sebaris bintang di langit. Faiz menyambung, “Menurut lagenda Greek, Orion adalah si pemburu, seorang perwira gagah yang melintasi langit. Bagi kita, Orion menunjukkan arah kiblat yang wajib kita sujud setiap lima waktu solat.”
“Walau di mana kita berada, walau apa yang kita lakukan, kita masih di bumi Tuhan, masih menatap bintang yang sama. Aku umpamakan Belt of Orion adalah kita.”