Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Financial Independence Retire Early - FIRE (L158,Y63)

RM49.00
Price in points: 49 points
Weight: 0.47 kg
978-629-7564-42-5
Out-of-stock
Tajuk: F.I.R.E: Financial Independence Retire Early
ISBN: 978-629-7564-42-5
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Afyan Mat Rawi
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 368
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.36
Dimensi (cm): 19.0 x 13.0 x 2.0
 
SINOPSIS
 
Tahukah anda perbezaan orang kaya dengan orang biasa bukanlah pada duit, tetapi pada cara berfikir dan habit mereka berkenaan dengan wang.

Ada orang yang mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah mewah tetapi dibebani dengan hutang yang bertimbun, tiada wang simpanan dan hidup tersepit dengan 1,001 masalah kewangan.

Ia tidak ubah seperti peribahasa “besar periuk, besarlah keraknya”. Apabila masalah-masalah kewangan yang mereka hadapi ketika bergaji kecil masih tetap ada sekalipun telah bergaji besar.

Sebab apa perkara itu berlaku? Sebab cara fikir mereka ketika nergaji keil tetap sama, sekalipun gaji mereka bertambah besar.

Cara fikir yang sama membawa kepada tindakan yang sama dan akhir sekali membawa kepada hasil dan kepercayaan yang sama berkenaan wang.

Ketika gaji kecil tidak mampu untuk menyimpan, ketika gaji besar juga tidak mampu untuk menyimpan apabila mempunyai cara fikir dan habit yang sama.

Berita baik buat anda! Sekiranya anda membeli buku ini dan membaca sehingga habis, anda berpeluang menjadi jutawan. Anda juga berpeluang menelusuri kisah benar 20 jutawan yang dikongsikan oleh pengarang buku ini.
 
PROFAIL PENULIS

AFYAN MAT RAWI merupakan seorang perunding bertauliah IFP, oleh Institut Perbankan dan Kewangan  Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia.

Beliau sekarang adalah trainer dan perunding kanan di INFAQ Consultancy Sdn Bhd, yang beroperasi di Lembah Klang.

Beliau berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Penerbit:
PTS Publishing House
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
368 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar