Pemikiran Tuan Guru ini menyusuri sejarah hidup Dato' Nik Aziz Nik Mat serta sejarah pergerakan Islam yang lain. Buku menarik ini menumpukan kepada prinsip-prinsip agama yang mendasari keputusan politik Tuan Guru.
Antara isu yang diketengahkan dalam buku ini termasuklah isu nama Allah, perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, pengharaman arak dan judi di Kelantan, isu artis ke Kelantan, isu 'Allah Samseng', isu orang bukan Islam membaca Quran dan isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.
Buku yang ditulis oleh Tuan Mohd Aizat Mohd Salleh ini melihat rasional ilmiah daripada keputusan Tuan Guru Nik Aziz.
Menariknya buku ini menyediakan 32 halaman berwarna termasuk gambar-gambar unik yang diambil khusus sewaktu menziarahi tuan guru.
Istimewanya, buku ini juga dimuatkan dengan pantun indah karangan Tuan Guru Nik Aziz sendiri.
Persoalan berkenaan kebenaran ajaran Syiah kini menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Mungkin ada yang sengaja mempersoalkan kesahihannya dengan soalan mudah, “Apa salah Syiah?” Ini kerana, ajaran Syiah kelihatan seolah-olah, tiada perbezaan dengan ajaran Ahli Sunnah wal Sunnah. Namun, mengapa ajaran ini seringkali ditolak, difatwakan sebagai sesat, diharamkan ajarannya, dan dilabel sebagai bukan Islam.
Ensiklomini Akidah adalah buku menarik yang sesuai untuk pembacaan kawan-kawan. Dilengkapi dengan ilustrasi gambar yang cantik dan menarik, kawan-kawan dapat mempelajari asas akidah Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan. Belajar dengan cara yang menyeronokkan, tentu kawan-kawan lebih mudah faham, bukan?
Buku ini memberi suntikan motivasi kepada pembaca untuk meraih ganjaran pahala untuk kebahagiaan akhirat dan dunia dengan menghimpunkan amalan-amalan utama yang membawa seseorang memasuki syurga.Amalan-amalan ini biasanya tidak diambil peduli oleh kebanyakan umat Islam. Dengan mengamalkan amalan yang terdapat dalam buku ini, insya-Allah kita akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah dan kita mampu menjadi insan beriman dan benar-benar bertaqwa kepada Allah yang selayaknya mendapat ganjaran syurga darinya pada hari akhirat yang sudah pasti.
China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah 1.3 bilion. Negara Tembok Besar ini pernah diperintah oleh maharaja dinasti sejak 5000 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah negara republik pada 1912. Pada era pemerintahan Dinasti Tang, dakwah Islam mula bertapak di bumi China dan menambat hati sebilangan rakyatnya. Hingga kini, bilangan penganut Islam melebihi 30 juta orang. Tidak banyak fakta tentang masyarakat Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan dan keutuhan ajaran Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan komunis ini juga masih misteri. Buku ini membongkar dan mendedahkan rahsia ini.Di sebalik lingkaran kemegahan tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan sejarah kegemilangan Islam di benua Asia. Bermula daripada kedatangan delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China. Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar. Malah, sejak 618 M hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad terus kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat China. Buku Rahsia Islam di China: Gemilang Di Sebalik Tembok Besar menyajikan dimensi menarik yang tersembunyi di sebalik payung pemerintahannya. Bermula dari zaman Dinasti Tang, buku ini membawa pembaca menelusuri beberapa dinasti bersama pahit dan manis di bawah pemerintahan dinasti yang silih berganti. Ditulis dengan gaya bahasa mudah, disusun mengikut rantai peristiwa serta dikukuhkan dengan gambar dan peta sejarah.