The Wannababes mahu ke New York? Tetapi jumlah peserta sudah penuh! Hmm… terpaksalah The Wannababes melakukan apa sahaja demi mencapai misi yang satu itu! New York, tunggu kedatangan The Great Wannababes!
Kisah pejuang Islam dari beliau kecil sehinggalah meninggal dunia.
Beliau dididik dengan sebaik-baik didikan oleh orang tuanya, dan hasil didikan itu, beliau mempunyai cita-cita mengembalikan umat Islam kepada cara kehidupan Islam yang sebenar.
Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami. Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten. Daripada luahan pertama, ‘iktiraflah kelelakianku’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalahisteri. Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan masalah yang dihadapi. Sebagai saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.
Buku ini ditulis bagi mendedahkan perihal cinta yang sebenar. Bagi kaum Hawa, kandungan buku ini mampu mengelakkan mereka daripada rayuan maut kaum Adam. Demi mengetahui kadar cinta lelaki, wanita tidak boleh bertanya kepada lelaki yang selam ini mengaku mencintainya apakah dia benar-benar cinta ataupun sekadar mencari kepuasan?
Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik -
Pemikiran Tuan Guru ini menyusuri sejarah hidup Dato' Nik Aziz Nik Mat serta sejarah pergerakan Islam yang lain. Buku menarik ini menumpukan kepada prinsip-prinsip agama yang mendasari keputusan politik Tuan Guru.
Antara isu yang diketengahkan dalam buku ini termasuklah isu nama Allah, perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, pengharaman arak dan judi di Kelantan, isu artis ke Kelantan, isu 'Allah Samseng', isu orang bukan Islam membaca Quran dan isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.
Buku yang ditulis oleh Tuan Mohd Aizat Mohd Salleh ini melihat rasional ilmiah daripada keputusan Tuan Guru Nik Aziz.
Menariknya buku ini menyediakan 32 halaman berwarna termasuk gambar-gambar unik yang diambil khusus sewaktu menziarahi tuan guru.
Istimewanya, buku ini juga dimuatkan dengan pantun indah karangan Tuan Guru Nik Aziz sendiri.